Ciri Kesihatan Optimum
Oleh Dr Abdul Aziz Hj Kechil
Pemakanan
Penampilan kita adalah hasil daripada apa yang kita makan. Diet sihat menghasilkan tubuh sihat dan pemakanan yang teruk bukan sahaja menyebabkan rasa letih dan tidak bermaya tetapi menjadikan anda berisiko menghidap pelbagai penyakit.
Mengikut American Cancer Society antara 35 hingga 70 peratus barah boleh dikesan mengikut diet. Diet yang sihat dan seimbang mengandungi vitamin, mineral, protein, karbohidrat, lemak, serat dan fitofaktor, adalah penting untuk kesihatan yang baik. Pertimbangkan mengambil suplemen untuk memenuhi semua keperluan pemakanan anda.
Bersenam
Apa yang anda perlukan ialah senaman sederhana yang kerap iaitu 3 hingga 5 kali seminggu, yang turut menyenaraikan kegiatan kardiovaskular, latihan ketahanan atau berat badan dan meregang untuk fleksibiliti, bagi mengekalkan jantung kuat, membina otot dan mengurangkan kesan stres.
Rehat
Ramai tidak mengendahkan hal ini dengan kebanyakan orang mendapat minimum antara 7 hingga 9 jam tidur yang diperlukan untuk orang dewasa. Tanpa rehat yang mencukupi, keupayaan pembelajaran seseorang individu dan daya ingatan boleh terjejas kerana faedah tidur utama ialah untuk memulihkan otak serta menyegarkan tubuh. Ketika tidur, mekanisme pembaikan tubuh anda kembali berfungsi, memperbaharui sel daripada kerosakan dan serangan dipertahankan sepanjang hari supaya apabila anda terjaga, anda bagaikan seorang yang baru.
Sikap Mental
Berapa kali anda ditanya dengan soalan ini, Adakah gelas separuh kosong atau separuh penuh? Ini mungkin kelihatan seperti persoalan remeh tetapi ia adalah gambaran seimbas lalu pemikiran anda dan pandangan anda terhadap kehidupan. Kaitan antara fikiran dan tubuh memainkan peranan penting tentang cara tubuh menangani stres. Sikap mental yang sihat membolehkan anda menangani roda kehidupan yang sering berputar. Bersikap mental yang positif boleh membantu melegakan stres dan menangani kekecewaan dalam kehidupan.
Dr Abdul Aziz Hj Kechil ialah pakar fisiologi saraf.
Dipetik dari: Berita Harian Online
Tiada ulasan:
Catat Ulasan