Selasa, 29 Mei 2012

Kanser Payudara - Punca, Gejala dan Rawatan

Kanser Payudara - Punca, Gejala dan Rawatan

Apa Itu Kanser Payudara?

Kanser payudara terjadi apabila sel normal payudara bertukar struktur dan merebak. Ia menjangkiti tisu dan bahagian lain yang berdekatan seperti kelenjar atau lobul, pembuluh darah, salur limfa dan nodus limfa. Kebiasaannya tumor terbentuk kerana pengumpulan sel abnormal. Kesemua jenis tisu di dalam payudara boleh membentuk kanser tetapi biasanya ia bermula di dalam kelenjar atau duktus.

Kanser payudara meyumbangkan peratus yang tertinggi bagi penyakit kanser di kalangan wanita. Kanser payudara berada di tangga kelima bagi kadar kematian akibat kanser dan merupakan penyumbang utama kematian akibat kanser di kalangan wanita. Di sepanjang hidupnya seseorang wanita mempunyai risiko mengidap kanser payudara sebanyak 1 dalam 8 dan kemungkinan meninggal dunia akibatnya adalah 1 dalam 28.

Pengelasan Kanser Payudara

Kanser payudara dikelaskan mengikut beberapa faktor seperti kanser lain. Faktor yang biasa diambilkira ialah tisu punca, lokasi tumor atau tisu punca, jenis tisu atau histologi, gred tumor, peringkat tumor, kemunculan dan aktiviti tumor, status nodus dan perebakan. Mula-mula sel bertukar struktur tetapi berada di lokasi asal di dalam duktus atau membran basemen lobul. Kemudian berlaku mitosis (penduan sel) dan metastasis (perebakan) melalui membran basemen dan bergerak ke kawasan terpencil di dalam badan.

Tanda dan Gejala Kanser Payudara

Pembentukan gumpulan merupakan tanda biasa yang kekal untuk jangka masa yang panjang. Kemungkinan nodul asimptomatik akan muncul sebelum tanda atau gejala lain timbul. Sakit payudara atau mastodinia atau sakit pada gumpulan merupakan satu lagi gejala kanser payudara di peringkat awal. Kemudian tanda-tanda radang seperti sakit, panas, kemerahan atau bengkak akan berlaku jika salur limfa kecil di dalam kulit dan pembuluh limfatik diserang oleh tisu abnormal. Kulit akan mempunyai tekstur kupasan oren yang juga dirujuk sebagai “peau d’orange”.

Gumpulan mungkin terjadi di payudara atau di ketiak. Rupa payudara juga akan bertukar melalui penebalan atau pertambahan saiz dan bentuk. Kulit payudara mungkin kelihatan seperti lekuk atau membentuk rabung. Puting mungkin terpusing ke dalam, menjadi merah atau bersisik atau mempunyai lelehan yang abnormal. Apabila ia merebak ke kawasan lain, akan menjelma tanda seperti demam, seram sejuk, sakit tulang dan sendi, sakit kuning, gejala neurologi dan curahan (efusi) pleura. Kelemahan adalah tanda atau gejala awal kanser payudara mungkin tidak kelihatan, justeru kaum wanita perlu mengambil inisiatif membuat diagnosis dengan memeriksa sendiri payudara dan juga menjalani ujian payudara setiap tahun.

Peringkat Kanser Payudara

Untuk mendiagnosis kanser payudara, pemerhatian dibuat melalui mamografi atau MRI payudara. Peringkat kanser payudara ditentukan mengikut sifat sel atau tahap pembiakan (proliferasi).

Peringkat 0 atau tumor kanser di tempat asalnya (karsinoma in situ) dikira sebagai risiko kanser payudara tanpa kehadiran penyakit itu sendiri. Karsinoma lobular in situ atau LCIS adalah merujuk kepada pengalas sel abnormal di dalam kelenjar payudara. Karsinoma duktal in situ atau DCIS adalah merujuk kepada pengalas sel abnormal di dalam duktus payudara.

Peringkat I merujuk kepada kanser payudara pada peringkat awal di mana ukuran melintang tumor kurang dari 2 sentimeter dan belum lagi merebak. Peringkat II juga merujuk kepada kanser payudara pada peringkat di mana ukuran tumor adalah antara 2 hingga 5 sentimeter; atau lebih dari 5 sentimeter tetapi belum merebak; atau kurang dari 2 sentimeter tetapi telah merebak ke nodus limfa ketiak.

Peringkat III ialah di mana ukuran melintang tumor telah meningkat ke 5 sentimeter dan telah merebak ke nodus limfa ketiak; atau telah merebak dengan banyaknya ke nodus limfa ketiak; atau telah merebak ke nodus limfa terpencil di dalam tulang selangka atau tulang dada.

Peringkat IV merujuk kepada situasi di mana kanser payudara telah merebak ke kawasan di luar kawasan dada.

Kaedah Rawatan

Rawatan bergantung kepada ciri-ciri atau kelas kanser payudara. Terdapat beberapa jenis rawatan seperti kemoterapi, pembedahan dan homoeopathy (dan lain-lain rawatan alternatif). Prognosis (ramalan) kanser payudara pada peringkat awal selalunya adalah baik, tetapi di peringkat akhir, seperti juga dengan kanser lain adalah tidak baik. 

Dipetik dari www.kesihatan.biz

Isnin, 28 Mei 2012

Belajar buat blog

Hari belajar buat blog, inilah hasilnya...
Link:
www.bharian.com.my

MARI BELAJAR:
  1.  MATEMATIK TINGKATAN 2
  2. GEOGRAFI TINGKATAN 2
  3. BAHASA MANDERIN
  4. MEMASAK
  • Lauk-pauk
  1. Kerutuk daging

    Bahan-bahan ( 5 orang )
    • 500g daging
    • 4 sudu besar rempah kerutuk
    • 2 sudu cili giling
    • 1/2 biji bawang besar
    • 3 cawan santan pekat
    • 2 sudu besar kicap pekat
    • 1/2 keping gula melaka/manisan
    • 2 sudu besar kerisik
    • [bahan tumis]
    • 1/2 bawang besar
    • 1/2 inci halia
    • 2 ulas bawang putih
    • 1 batang kulit kayu manis
    • 2 kuntum bunga lawang
    • 3 kuntum bunga cengkih
    • 3 biji buah pelaga
    • 3 sudu besar minyak

    Cara-cara

  1. Potong daging kecik-kecik. Bersih dan toskan.
  2. Kisar 1/2 biji bawang besar, halia dan bawang putih. Kemudian campurkan dengan rempah kerutuk
  3. Panaskan minyak
  4. Tumis semua bahan tumis sehingga naik wangi
  5. Kemudian masukkan campuran rempah tadi
  6. Masak sehingga pecah minyak
  7. Masukkan daging dan santan. Masak sehingga daging empuk dan kuahnya betul-betul pekat.
  8. Akhir sekali masukkan kicap, garam, gula melaka dan juga kerisik. Biarkan sehingga 5-10 minit sebelum padamkan api.
  9. Siap untuk dihidang.
  • Nasi

    NASI BERIANI AYAM 

    Bahan-bahan ( Sekeluarga lebih kurang 7-8 orang )

    • Bahan2 utk lauk
    • 600 gm ayam
    • 100 gm bawang merah - dimayang, digoreng dan ditumbuk halus
    • 70 gm puri tomato
    • 1/2 st garam
    • 1 cawan minyak masak
    • ketumbar
    • Rempah Utk Digiling :-
    • 1 sb ketumbar [
    • 1 st jintan manis
    • 1 st jintan putih
    • 1 st lada hitam
    • 3 kuntum bunga cengkih
    • 3 kuntum bunga lawang
    • 2 biji buah pelaga
    • 2 tangkai cili kering
    • 2.5 cm kulit kayu manis
    • 2.5 cm halia
    • 3 ulas bawang putih
    • 3 ulas bawang merah
    • Bahan2 Utk menumis nasi :-
    • 3 cawan beras beriani (basmathi) 4 cawan air sejuk 90 gm minyak sapi 1 sb serbuk badam 1 st garam 1 st gula 5 helai daun pudina
    • Bahan2 utk menumis :-
    • 2.5 cm halia - dimayang 1 labu bawang besar - dimayang 4 ulas bawang putih - dimayang 3 kuntum bunga cengkih 2 kuntum bunga lawang 3 biji buah pelaga 1/2 st jintan manis
    • Klik di sini untuk isi bahan

    Cara-cara

    1. 1. Panaskan minyak sapi dicampur minyak masak (dikacau2).
    2. 2. Tumiskan bahan2 penumis. Campurkan sedikit air dan masukkan rempah2 yang telah digiling halus. Kemudian masukkan air dan puri tomato.
    3. 3. Masukkan ayam dan kacau. Tutup sebentar sehingga ayam empok.
    4. Setelah masak, keluarkan ayam saja dan tinggalkan kuahnya. Campurkan air lagi, masukkan garam, gula, serbuk badam dan dikacau, kemudian ditutup sebentar.
    5. 5. Bila mendidih masukkan bawang yg telah digoreng dan ditumbuk halus.
    6. 6. Kuah ini dimasukkan ke dalam periuk nasi. Beras yang telah dicuci dimasukkan ke dalamnya. Kacaukan rata2 dan tutup.
    7. Klik untuk isi cara-cara di sini
    8. 8. Bila agak kering, bolehlan dimasukkan ayam dengan cara diselit2kan di celah-celah nasi. Tutup dan biar hingga masak.
    9. 9. Bila telah masak, taburkan dengan sedikit kismis dan hidangkan dengan cili yng dipotong berbentuk bunga.
  • Kuih-muih

    Kuih kasui

    Bahan-bahan ( 15-20 keping )

    • 125 gm gula merah (1 cawan) masak dengan 2 cawan air hingga hancur dan sejukan.
    • 250 tepung gandum ( 2 cawan 1/2)
    • 40 gm gula pasir (lebih kurang 1/4 cawan)
    • 40 gm tepung sagu (lebih kurang 3/4 cawan)
    • 1 sudu makan air kapur
    • kelapa parut muda digaulkan dengan secubit garam.
    • sesudu minyak
    • 2 cawan air

    Cara-cara

    1. Campurkan tepung gandum, tepung sagu, gula dengan air dan kacau rata.
    2. Tambahkan sesudu air kapur. Ia akan bertukar sedikit kuning.
    3. Masukkan campuran air gula merah. Kacau
    4. Tapiskan adunan dengan penapis kelapa ke dalam bekas lain.
    5. Pcdv0025
      Sapukan loyang dengan minyak. Masukkan adunan ke dalam loyang. Panaskan kukusan. Kukus selama 5-10 minit

Sabtu, 26 Mei 2012

Tip menjaga kesihatan

Ciri Kesihatan Optimum
Oleh Dr Abdul Aziz Hj Kechil


Pemakanan

Penampilan kita adalah hasil daripada apa yang kita makan. Diet sihat menghasilkan tubuh sihat dan pemakanan yang teruk bukan sahaja menyebabkan rasa letih dan tidak bermaya tetapi menjadikan anda berisiko menghidap pelbagai penyakit.

Mengikut American Cancer Society antara 35 hingga 70 peratus barah boleh dikesan mengikut diet. Diet yang sihat dan seimbang mengandungi vitamin, mineral, protein, karbohidrat, lemak, serat dan fitofaktor, adalah penting untuk kesihatan yang baik. Pertimbangkan mengambil suplemen untuk memenuhi semua keperluan pemakanan anda.

Bersenam

  Apa yang anda perlukan ialah senaman sederhana yang kerap iaitu 3 hingga 5 kali seminggu, yang turut menyenaraikan kegiatan kardiovaskular, latihan ketahanan atau berat badan dan meregang untuk fleksibiliti, bagi mengekalkan jantung kuat, membina otot dan mengurangkan kesan stres.

Rehat

Ramai tidak mengendahkan hal ini dengan kebanyakan orang mendapat minimum antara 7 hingga 9 jam tidur yang diperlukan untuk orang dewasa. Tanpa rehat yang mencukupi, keupayaan pembelajaran seseorang individu dan daya ingatan boleh terjejas kerana faedah tidur utama ialah untuk memulihkan otak serta menyegarkan tubuh. Ketika tidur, mekanisme pembaikan tubuh anda kembali berfungsi, memperbaharui sel daripada kerosakan dan serangan dipertahankan sepanjang hari supaya apabila anda terjaga, anda bagaikan seorang yang baru.

Sikap Mental

Berapa kali anda ditanya dengan soalan ini, Adakah gelas separuh kosong atau separuh penuh? Ini mungkin kelihatan seperti persoalan remeh tetapi ia adalah gambaran seimbas lalu pemikiran anda dan pandangan anda terhadap kehidupan. Kaitan antara fikiran dan tubuh memainkan peranan penting tentang cara tubuh menangani stres. Sikap mental yang sihat membolehkan anda menangani roda kehidupan yang sering berputar. Bersikap mental yang positif boleh membantu melegakan stres dan menangani kekecewaan dalam kehidupan.


Dr Abdul Aziz Hj Kechil ialah pakar fisiologi saraf.
Dipetik dari: Berita Harian Online

JomBelajar


JomBelajar